Tuesday, 13 August 2013

Roda Pintar Tajwid


Roda Pintar Tajwid
PUTRAJAYA: Kesusahan anak muridnya mempelajari hukum tajwid al-Quran mendorong seorang guru, Hashimah Md Yusoff, 40, menghasilkan Roda Tajwid bagi memudahkan proses pembelajaran itu.

Usaha guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Presint 9 (2), di sini itu bukan saja terbukti membantu meningkatkan prestasi muridnya, bahkan diiktiraf pada peringkat kebangsaan selepas menjadi naib johan pertandingan Guru Inovatif Kebangsaan 2011 baru-baru ini.
Hashimah yang berasal dari Melaka, berkata idea menghasilkan Roda Tajwid bermula dua tahun lalu selepas mendapati muridnya keliru dengan pelbagai hukum tajwid diajar, selain terpaksa merujuk pelbagai buku untuk memahaminya.


“Saya kemudian mengumpulkan semua sukatan pelajaran hukum tajwid ini dan menyusunnya dalam bentuk roda interaktif yang memudahkan murid menguasainya.
“Ternyata murid saya berminat mempelajarinya kerana ia bersifat ‘play learning’ dan kini, ada daripada mereka mendapat markah dua kali ganda berbanding sebelum ini,” katanya ketika ditemui ketika program Jejak Inovasi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Karnival Perpaduan di sini, semalam.



Roda Tajwid adalah alat bantuan mengajar tajwid pertama di Malaysia yang mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran. 
Roda Tajwid memerlukan pelajar memusingkan roda kertas bagi memadankan hukum tajwid dengan huruf yang dicari serta warna sepadan untuk mengenal pasti nama hukum dan cara bacaan.

Hashimah berkata, Roda Tajwid akan dibukukan serta dijangka berada dalam pasaran hujung tahun ini, selain dipasarkan ke Indonesia, Singapura dan Thailand.


“Alhamdulillah, sambutan awal yang saya terima sangat menggalakkan dan saya juga bercadang untuk menghasilkan Roda Tajwid dalam bentuk e-pembelajaran,” katanya.
Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dalam ucapan perasmian program itu, berkata rakyat perlu membudayakan sikap kreativiti dan inovasi khususnya di kalangan kanak-kanak bagi merealisasikan hasrat kerajaan melahirkan modal insan berkualiti ke arah negara berpendapatan tinggi.
“Pelbagai pengiktirafan disediakan kerajaan untuk memupuk minat golongan muda menghasilkan idea yang menggalakkan inovasi termasuk Anugerah Inovasi Negara dan Perdana Menteri," katanya. Ucapan beliau dibacakan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia, Mohd Aziph Mustafa. 


Untuk membuat pembelian sila hubungi Wan Ahmad 0129021355

Boleh Beli Secara Online Dengan Paypal RM16.90 dan RM7.00 untuk pos

Wanita Berkaki Lego



Tidak memiliki anggota badan seperti kaki dari lutut ke bawah pastinya menjanjikan pengalaman hidup yang luar biasa bagi seseorang, tetapi ada sebilangan manusia yang tidak akan membiarkan kekurangan itu menganggu perjalanan hidup mereka.

Itulah yang dilakukan oleh Christina Stevens, 31 tahun, selepas kehilangan kaki kirinya selepas satu kemalangan awal tahun ini, yang menyebabkan kakinya terpaksa dipotong.

Kecacatan juga tidak menghalang seseorang itu menjadi ikon internet, Christina kini menjadi sebutan apabila beliau merakamkan video beliau membina kaki palsu menggunakan Lego.

Menurut beliau, idea membina kaki palsu itu diperolehi daripada seorang kawan yang hanya bergurau mencadangkan kepadanya membina kaki palsu dari Lego terus membuatkan beliau membina kaki itu dan memuat naik video ke youtube.

Selain dari video berkenaan Christina yang berasal dari St Louis, Missouri, Amerika Syarikat juga berkongsi di Facebook pengalaman harian beliau tentang kehidupan seseorang yang sudah kehilangan anggota badannya.

Lebih 2,500 orang sudah menyukai Christina di laman sosial sekaligus mendorong beliau terus membantu golongan sama sepertinya untuk sama-sama berkongsi pengalaman.

Video lain di saluran youtubenya memaparkan cara-cara untuk berjalan mengunakan kaki palsu dan cara hidup seseorang yang kehilangan kaki.

SD : kulaanniring.blogspot.com

Monday, 12 August 2013

Menutup Aurat Bukan Sekadar Pakai Tudung

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup
aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas
betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, 'Aurah' yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda
mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

2. Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan
menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: "Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain 'qubtiyyah' (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: "Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu." Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: "Dan suruhlahisterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya)."

Menurut Ibn Rusyd, 'qubtiyyah' ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

3. Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: "Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya."

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka."

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: "Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

6. Tidak bertabarruj.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatka nnya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama)." (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan
wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya
ilmu Islam sebenar.

Saturday, 3 August 2013

HANYA PADA LELAKI



Terdetik nak kongsi apa yang i baca tentang lelaki, walaupun aku seoarng lelaki. Begeni la ceritanya:-


  1. 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari jerrrr.
  2. Telur Goreng pun senang masak
  3. Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…tapi bukan semua
  4. Lelaki kadang-kalanya rajin kemas rumah tapi ikut mood la..
  5. Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.
  6. Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…
  7. Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…
  8. Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.
  9. Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…
  10. Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..
Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada
kaum lelaki..