Thursday, 18 July 2013

POLIS TRAFIK DILANGGAR OLEH PELAJAR HINGGA PUTUS KAKI!


Satu kemalangan melibatkan pegawai Trafik didalam PRK N01 Besut. Kejadian belaku di Hadapan SK Alor Peroi, Kuala Besut lebih kurang pada pukul  4.40petang semalam ianya melibatkan motosikal Peronda Trafik jenis VFR bernombor pendaftaran WPV 2542 dan Kereta proton bernombor pendaftaran TAR 9252 . 

Kejadian itu berlaku semasa G/17408 FARID HASNI BIN MAMAT (33 thn) dari KONTINJEN MELAKA dan ditugaskan di Kuala Besut sempena PRK Kuala Besut.Mangsa ditugaskan membuat rondaan bersama Asp Zainal dengan menaiki motosikal. Dari apa yang telah diceritakan oleh FARID ketika selesai rawatannya Kuala Terangganu. Sebuah kereta dari arah jalan Semerak datang dengan laju memotong kenderaan lain (double line). 


Asp zainal yang berada dihadapan mengelak (sedikit bergesel), namun mangsa yg brada di belakang motosikal Asp Zainal tidak sempat mengelak (bertembung), motorsikal dan mangsa tercampak ke kiri jalan dan melanggar tembok sekolah (kaki kanan putus . dijumpai diruntuhan tembok) manakala mangsa dan motor melambung 10 meter dari runtuhan tembok. 

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulan. Pemandu Kereta bernama Mohd Burhanuddin bin Mohd 19 tahun masih lagi pelajar akan ditahan untuk siasatan lanjut.

Wednesday, 17 July 2013

Keluarga Mangsa Ambil Tindakan Undang2 Terhadap Kes Budak Sekolah Maut Terputus Kepala Angkara Lif Rosak.

Mula2 baca berita neh aku dah tatau nak cakap apa. Air mata aku terkeluar. Aku tatau samada aku terlalu sedih atau takut atau rasa macam terkejut. Aku percaya, mana2 ibu atau bapa memang tak boleh baca berita macam neh. Dorang mesti sentap. Mesti automatik terfikir pasal anak sendiri. Mesti automatik rasa cemas dan rasa tak senang duduk lepas baca berita2 macam neh.

Ia terlalu menyedihkan sehingga kita tak tergambar dek kata2. 

Bayangkan. Seorang budak sekolah menjadi mangsa keadaan akibat lif yang tidak beroperasi dengan baik sepenuhnya akibat ada beberapa kerosakkan kecil yang tidak dibaikpulih dengan sebetulnya. 

Ia terlalu menyakit ahti aku untuk tahu benda2 macam neh.

Lepas baca berita neh emosi aku jadi tak stabil. Aku jadi tak tenteram sebab asyik terkenang2 keadaan adik tersebut ketika berhadapan dengan situasi tersebut. Nak lupakan kes neh punya pasal aku pun study isu AES cepat2. Konon boleh lupa lepas neh.

Tapi nampaknya ahti aku semakin tak tenteram lepas baca berita neh kat NST pula. Tadi versi melayu tak la dijelaskan secara sepenuhnya. Yang neh versi english. Lebih traumatik jalan cerita dia. Ahti aku berdebar2 sampai sekarang. Rasanya nak marah seseorang yang tak bertanggungjawab sehingga anak kecil ini menjadi korban.


The boy's uncle, Kamarul Hisyam Mat Zain, 30, said the family was mulling taking legal action against City Hall and the building's maintenance contractor, claiming the flats' elevators was notorious for technical glitches, but not much had been done to fix them.

Rujuk :  http://www.nst.com.my/top-news/boy-dies-in-lift-accident-1.321411

Ambil la tindakan undang2. Ajar la manusia2 yang tamak haloba macam neh. Dia ingat kita miskin, keselamatan kita, nyawa kita tiada nilai agaknya. Biarpun kita miskin, kita pun berhak untuk hidup dalam suasana yang selamat dan aman sama macam orang2 kaya. Tahu tak?

Aku tatau nak cakap apa lagi dah. Kalau yang menjadi pihak luar pun rasa sebak, bayangkan pula mereka2 yang ditimpa musibah ini?

Fikir2kan la. sumber amenoworld

Live Streaming Chelsea Vs Singha All Stars Xll (Thailand)

Klik sini untuk Live Streaming, Chelsea Vs Singha All Stars Xll (Thailand)

Live Streaming Arsenal Vs Vietnam

Saksikan live streaming Arsenal vs Vietnam secara percuma. Pastikan iklan loading habis dahulu. Terima kasih.

TAMAT ARSENAL 7-1 VIETNAM

Rahsia Besar Masjid Nabi Yang Di Sembunyikan


Tanda-tanda rahsia yang disembunyikan

Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?

Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?

Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.




Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com)

Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan



Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.

                                Tulisan didinding timur makam dihapuskan - dalam petak merah

                                     Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan

                                     Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi

                               Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai

Kotak bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku. Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.


                                      Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku


                                                  http://www.islamiclandmarks.com

Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi

"Sesusah Mana Pun, Kami Tak Akan Jual Anak Ini"

Anak saya bukan untuk dijual! Biar kami hidup susah dan merempat, asalkan kami bertiga dapat bersama,” kata Maya, 23, yang selamat melahirkan bayi lelaki Isnin lalu. 

Maya sebelum ini sarat mengandung dan suaminya ditemui ketika menjadikan jejambat Jalan Kinabalu bersebelahan Sungai Klang sebagai tempat berteduh bertekad tidak mahu ‘menjual’ anak mereka yang baru dilahirkan Isnin lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Menurut Maya, sejak kisahnya dilaporkan akhbar ini Ahad lalu, dia tidak henti-henti didatangi individu yang menawarkan diri untuk mengambil anaknya sebagai anak angkat. Malah, ada beberapa individu yang datang menawarkan wang RM8,000 hingga RM10,000 semata-mata untuk mendapatkan anaknya. 

“Letaklah berapa tinggi nilainya, anak saya tetap anak saya. Dia bukan untuk dijual. Dialah satu-satunya harta kami. Biarlah kami susah sekalipun, kami akan tetap menjaganya dan tidak akan sesekali memberinya kepada orang lain. 

“Selama ini kami tidak berduit dan tidak berharta, malah hidup merempat tetapi kami masih boleh hidup hingga kini. Kenapa bila sudah beranak, kami tidak boleh meneruskan kehidupan?

Tuesday, 16 July 2013

Pekerjaan Asal Orang Yang Terkenal Di Malaysia

Berikut merupakan pekerjaan asal figure2 yang terkenal di Malaysia...
01. Dato' Yusoff Haslam - Konduktor Bas
02. Nabil (Raja Lawak 2) - Despatch
03. Amy Mastura - Pramugari
04. Ziana Zain - Pramugari
05. Anuar Zain - Pramugara
06. Shamsul Ghau2 - Polis
07. REM - Cikgu
08. Adibah Nor - Cikgu Bahasa Inggeris
09. Amelina - Operator
10. Nubhan (AF) - Kerani Bank
11. Fauziah Gous - Pramugari
12. Shawal (AF) - Despatch
13. Suhaimi(Inteam) - Guru agama
14. Salleh Yaakob - Askar
15. Aaron Aziz - Penjual Kereta
16. Jimmy (trek selebriti) - Akauntan
17. Rahmat (Ekamatra) - Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
18. M nasir - penyanyi jalanan di CM
19. Kumpulan medicine - pesawah
20. Nora danish - playan kdai mkn mak die
21. Ezlynn - pelayan cafe di tv3 (kedai mak dia)
22. Mahathir mohamad - dokter
23. Rafidah aziz - pensyarah
24. Tuan Guru Nik Abdul Aziz - uztaz
25. Dato Seri Anwar Ibrahim - abim
26. Samy vellu - arkitek
27. YB nizar - engineer
28. Muhammad Taib - cikgu
29. Khir toyo - dentist
30. Abdullah badawi - pegawai kerajaan
31. Almy nadia - keje kilang
32. Ina naim - keje kilang
33. Mawi - qari,pengait kelapa sawit
34. Azean irdawaty - pegawai bank
35. Remy Ishak - bellboy
36. Fahrin Ahmad - pegawai bank
37. Nazim Othman - pramugara
38. Tan Sri Syed Mokhtar - penjual daging
39. Rosmah - Suri rumah tangga dulu kini dan selamanya
#Ada mungkin yang aku silap, kalau korang tau boleh la aku perbetulkan.

Burung Paling Bahaya Dan Di Takuti Di Dunia (8 Gambar)

Menurut Guinness Book of Records,Cassowaries adalah burung yang paling berbahaya di dunia, mampu memberi pukulan maut. Mereka sangat tidak menentu, makhluk yang agresif, terutamanya jika cedera atau rasa terrancam. Kehidupan Cassowaries di hutan hujan di Australia dan New Guinea dan sebenarnya haiwan yang cukup malu jika tidak terganggu, tetapi jika anda membuatkan ia rasa terancam anda boleh menerima sepakan maut atau dihiris oleh kuku tajam seperti pisau . Semasa Perang Dunia Kedua, tentera ditempatkan di New Guinea telah memberi amaran untuk menjauhkan diri daripada burung, tetapi sesetengah daripada mereka masih menjadi mangsa.

Cassowaries ini juga merupakan salah satu haiwan yang paling sukar untuk di jaga di Zoo kerana kecederaan yang kerap dialami oleh penjaga Zoo yang menjaga mereka. Saya suka burung yang boleh menjaga dirinya sendiri, tetapi, malangnya, ini tidak dapat membantu sangat terhadap kekejaman manusia dan ia berada dalam senarai spesies terancam..








Fakta Sains Tentang Keunikan Kaabah Yang Jarang Diketahui Umum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, berikut disenaraikan beberapa fakta sains tentang keunikan Kaabah yang jarang diketahui umum.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
#Berdasarkan fakta2 sains. Wallahua’lam, sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui. Allahuakbar

Sunday, 14 July 2013

RAHSIA WANITA YANG HARAM DIKETAHUI OLEH LELAKI (3 GAMBAR)





Status Facebook Terakhir Aleesya Farhana..


Assalamualaikum semua. Korang pernah tak terbaca status facebook orang sebelum dia sebelum meninggal dunia? 


Tadi aku terbaca blog stress gila dan rasa tertarik nak share dengan korang semua pasal ni...

Status facebook Aleesya Farhana..bukan status biasa tapi status akhir Aleesya Farhana sebelum dia disahkan meninggal dunia. Innalillah...AL fatihah Buat beliau


Friday, 12 July 2013

Bayi Ditikam 90 Kali Oleh Ibunya Hanya Kerana Gigit Ibu Semasa Menyusu Badan


xiao-bao-tikam-ibu

Kejam sampai tidak boleh digambarkan dengan kata-kata apabila membaca laporan berita ini. Seorang bayi berusia 8 bulan telah ditikam lebih 90 kali oleh ibunya sendiri, kebanyakannya di kawasan muka,hanya kerana dia menggigit ketika dia sedang disusukan dan dia bernasib baik kerana masih hidup.

Xiao Bao ditemui di dalam keadaan menyayat hati dan berlumuran darah di kawasan halaman rumah oleh bapa saudaranya dan bergegas ke hospital. Dia memerlukan lebih daripada 100 jahitan dan kejadian itu berlaku di Xuzhou, Wilayah Jiangsu di timur China. Bayi tersebut bersama ibu dan dua bapa saudaranya bekerja dengan mengitar semula sampah.

Kehidupan bayi dengan ibu dan dua bapa saudara, yang membuat hidup kitar semula sampah. Ia adalah salah satu daripada bapa saudara yang menemui Xiao Bao berbaring di kolam darah di halaman rumah mereka dan bergegas ke hospital. Kemudian ibunya sendiri mengaku yang dia telah menikam anaknya bertubi-tubi kerana telah mengigitnya semasa menyusu.

Jiran disitu merayu agar kerajaan tempatan untuk menjaga bayi itu buat sementara waktu tetapi mereka menolak dengan alasan tidak ada pengesahan ibu kejam tersebut mengalami penyakit mental. Kalau dah ditikam sampai 90 kali tu, sepatutnya pihak berwajib kena buat pemeriksaan kesihatan mental ibu tu, bukan buat tak tahu sahaja! Entah apalah nasib malang seterusnya yang bakal menimpa bayi ini. =(


Xiao Bao