Tuesday, 18 June 2013

Najwa Latif Kini Pelajar Universiti



Najwa Latif Kini Pelajar Universiti - Penyanyi cilik yang popular melalui laman YouTube, Najwa Latif dikhabarkan bakal menyambung pelajarannya di UNITAR International University berdasarkan gambar yang dimuatnaik dalam laman Instagram rasminya, Najwa Latif akan memulakan pengajian pada 24 Jun nanti.

Pihak kami mengucapkan tahniah kepada Najwa Latif dan semoga berjaya menempuhi kehidupan sebagai seorang pelajar Universiti. Berbekalkan keputusan SPM 4A, Najwa memilih UNITAR kerana berminat dalam bidang Foundation in Management.

Mungkin selepas ini Najwa dan kakaknya, Syafika Latif akan mencipta lagu mengenai kehidupan di kampus universiti pula, siapa tahu kan? Mesti meletopz lagu tu nanti.

Dalam perkembangan lain, Najwa Latif baru-baru ini telahpun melancarkan video klip untuk lagu terbarunya berjudul I Love You dan sambutan yang diperoleh amat memberangsangkan. Video klip tersebut juga merupakan sebuah short film yang amat menarik dan menyentuh hati..

Bagi pihak UNITAR pula, mereka berbesar hati dengan melantik penyanyi tersebut sebagai duta mereka dan sekaligus memilih Najwa Latiff sebagai ikon belia terbaik untuk mempromosikan jenama universiti berkenaan dikalangan remaja masa kini.


“Kami gembira kerana Najwa Latiff telah memilih kami sebagai pilihan pertama untuk melanjutkan pelajaran. Dengan profil beliau di kalangan belia, dia adalah duta besar untuk mempromosikan universiti dan juga jenama baru kami di Kelana Jaya mulai bulan September ini”. – Ketua Pegawai Eksekutif Unitar Capital Sdn Bhd, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi.

Kekasih Baru Ammar Alfian Yang Cantik (3 Gambar)


Selepas kecewa dengan episod cinta bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana dengan pengarah muda popular Malaysia, Syamsul Yusof. Ammar kini akhirnya meneruskan hidup barunya bersama kekasih baru. Untonglah ada rupa, break up sekejap sudah ada pengganti kan. Gambar penuh Ammar bersama kekasihnya selepas ini.



Friday, 14 June 2013

WTF : Komen Paling Kelakar Dalam Facebook Abad Ini [Photo]

Komen paling kelakar didalam facebook :) hahahah


BODOH : Perempuan Ini Paling Bangang Abadi

Status paling bangang abadi....


Rahsia Kecantikan Pelakon Nur Fazura (Perlu Tahu)


Melihat pada kejelitaan pelakon Nur Fazura Sharifuddin yang kini sedang hangat menerusi drama bersiri, ‘Kisah Cinta’ di TV3, pasti ramai yang akan cemburu dengan empunya badan. Memiliki wajah yang mulus, bibir yang menawan serta sepasang mata yang cantik, Fazura akui cukup menitikberatkan soal penjagaan kesihatan serta kecantikan dirinya.

Ingin tahu rahsia duta jenama Lux, Nutox dan Colgate ini tampil cantik dan sihat, jom kita lihat senarai di bawah.

1. Pelakon yang mesra dengan panggilan Faz ini sangat menjaga soal pemakanannya. Mengakui seorang yang gemar makan dan sering makan banyak, Faz memberitahu akan mengimbangkannya dengan melakukan senaman sebanyak tiga kali seminggu.

2. Pelakon ‘Gol dan Gincu’ ini mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak dalam menu hariannya dan banyak mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran.

3. Selain itu, anak jati Pekan, Pahang ini turut memberitahu tidak mengambil minuman berais serta kurangkan minuman berkafien.

4. Faz mengamalkan minum Japanese Green Tea untuk mengekalkan kecantikan serta kesihatan dalamannya.

5. Pelakon berusia 30 tahun ini juga mengakui mengambil suplemen namun dalam kuantiti yang sedikit.

6. Akhir sekali, Faz percaya, dengan berfikiran positif, seseorang itu secara semulajadi akan tampil cantik dan juga sihat!

Fiza Elite Kini Sudah Bertudung (11 Gambar)

Gambar Fiza Elite Bertudung Litup. Pelakon yang merupakan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32, akhirnya membuat keputusan untuk berhijrah dengan berhijab penuh seperti kebanyakan artis wanita yang lain.


Fiza membuat pendedahan itu menerusi laman Instagramnya dengan menyatakan, “memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja. Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga. Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia”.

Memang nampak makin cantik dan berseri-seri Fiza apabila mengenakan hijab kan. Semoga Fiza istiqamah dengan penghijrahannya ini dan semoga karier lakonannya berkembang maju dari masa ke semasa.











Thursday, 13 June 2013

Harga Tiket Malaysia vs Chelsea FC 21 Julai 2013

Harga tiket Malaysia vs Chelsea FC 21 Julai 2013


Perlawanan di antara Pilihan Malaysia XI (Harimau Malaya) menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC yang menjadi sebahagian daripada pra musim Jelajah Asia 2013/2014 pasukan The Blues itu akan diadakan pada pukul 9.45 malam di Stadium Shah Alam pada 21 Julai ini.

Sebagai makluman tiket perlawanan akan dijual pada harga RM58, RM88, RM108, RM308 manakala tiket VIP pula pada harga RM408.

Tuesday, 11 June 2013

Perancangan Yahudi Memusnahkan Islam Melayu (Wajib Baca)



Setiap hari Jabatan Rahsia Amerika Syarikat mencari alasan untuk mencucuk jarumnya di Malaysia, mencari alasan untuk membenarkan tentera proksinya menjajah Malaysia"

Bangsa Melayu akan jadi sasaran selanjutnya selepas Pathan (atau Pashtuns) dan Arab. Giliran ini berdasarkan perancangan menghapuskan sebarang peluang untuk Islam bangun di akhir zaman. Kenapa Kaum Pathan? Kenapa Arab? Sebabnya mereka ini penganut Islam yang tegar. Tidak kurang juga bangsa Melayu.

Berkurun lamanya mereka menjajah dan berusaha untuk menukarkan agama bangsa-bangsa ini, tetapi masih gagal. Malah kaum Pathan di Pakistan dan Afghanistan terus berjuang. Berjuang melepaskan diri dari berbagai bentuk penjajahan, Pakistan agak bernasib baik kerana mengikut kata mereka, tetapi hanya untuk sementara waktu sahaja. Bila mana pemerintah bertukar kepada sistem pemerintahan Islam ataupun pemimpin mereka lebih islamik, segera mereka melebelkannya sebagai "pengganas" dan membuat helah untuk menghancurkannya.

Itu juga yang berlaku kepada negara Arab sekarang. Mana-mana pemimpin yang tidak mengikut telunjuk mereka, akan diancam malah di perangi secara tidak adil. Alasan demi alasan dihamburkan untuk memberi laluan kepada mereka melaksanakan perang. Libya adalah contoh terbaru, selapas ini pastinya Syria pula. Mereka menghasut rakyat bangun memberontak dan segera mereka campur tangan.

Berbagai helah diatur untuk menguasai sepenuhnya negara-negara ini. Malaysia dan Indonesia dalam perhatian mereka setiap masa. Cuma peluang belum terbuka sepenuhnya. Gara-gara hasutan dan gerak kerja ejen-ejen mereka, sudah nampak beberapa insiden yang tak masuk akal. Akan berlaku kacau bilau dan perang saudara setelah hasutan mereka berjaya.

Atas alasan menyelamatkan orang awam, mereka segera campur tangan. Oleh kerana alasan itu adalah pembohongan semata-mata, lebih ramai orang awam yang terbunuh. Lihat sahaja apa yang berlaku di Libya dan Afghanistan.

"MELAYU" BANGSA MISTERI

Untuk orang Melayu (Nusantara keseluruhannya) keadaan agak unik. Bangsa ini sentiasa sahaja terselamat dari ancaman mereka. Telah beberapa kali mereka cuba mencetuskan huru hara tetapi akhirnya terselamat juga atas kehendak Allah. Harus diingat mereka tidak pernah berputus asa.

Ini ADALAH PERANCANGAN YANG AMAT RAPI selama beratus tahun. Setiap perkara yang lengkap dengan segala persediannya, dirancang dengan teliti akan membuahkan hasil walaupun ia adalah kejahatan. Perkara kebaikan yang tidak dirancang dengan baik, kurang persediaannya dan tidak lengkap peralatannya akan gagal. Allah tidak MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SELAGI KAUM ITU TIDAK MENGUBAH NASIB MEREKA. Ini adalah asas kepada Hukum Tarik-Menarik (Law of Attraction).

Di dalam satu hadis Qudsi, Allah Rabbul Izzati ada menyatakan "Aku adalah mengikut SANGKAAN hambaku". Selagi kita berusaha ke arah positif, Tuhan akan membantu kita. Masalahnya di dalam dunia yang dikuasai Iblis melalui syaitan-syaitan manusia sebagai proksi mereka, umat Islam dilekakan dan segala fikiran mereka yang sepatutnya ditujukan kepada harapan yang lebih baik dilalaikan dengan cinta, gaya hidup hippies dan hiburan yang memabukkan. Akibatnya umat Islam semakin tertekan dan tertindas manakala orang-orang kafir terutamanya Yahudi dan penyembah syaitan semakin yakin diri dan positif dengan matlamat mereka. Tetapi semua itu HANYALAH PERANCANGAN MEREKA. Sebenarnya ALLAH LAH YANG MERANCANG DAN MENENTUKAN SEMUANYA. Perancangan Allah lebih sistematik dari perancangan mereka. Satu hari sikap tenang dan yakin diri mereka itu akan bertukar menjadi teramat serabut dan keliru apabila JANJI ALLAH TIBA.

Di dalam dunia yang penuh konflik hari ini,para pengikut penyembah syaitan mahu menguasai dunia dan mengalahkan Allah. Mereka berusaha siang dan malam selama beribu tahun. Mereka berusaha dari segi spiritual dan material. Secara kerohanian dan sains teknologi. Dan hasilnya seperti hari ini, di mana bola bumi seakan dalam genggaman mereka. Tetapi Iblis masih tidak berpuashati. Iblis mahu penyembah-penyembah mereka menghapuskan satu musuh yang amat degil. PADA PERINGKAT TERTINGGI musuh mereka bukanlah Cina Komunis, Korea Utara atau rangkaian pengganas antarabangsa TETAPI ISLAM SUCI YANG DIANUT OLEH MUKMIN BERIMAN. Siapakah pendukung agama Tuhan yang tunggal ini?

Jika anda sedar hakikat misteri ini, terdapat DUA BANGSA TERBESAR YANG MENDUKUNG AGAMA TUHAN INI secara konsisten dan bersungguh-sungguh pada hari ini. Saya katakan dua bangsa ini kerana mereka masih ada kekuatan, negara dan kedaulatan manakala bangsa lain walaupun ada yang memeluk Islam adalah minoriti dan menumpang di negara lain atau tinggal dalam negara mereka yang bermajoritikan agama kafir. Terdapat juga bangsa yang pernah mendaulatkan Islam tetapi hari ini kukunya sudah dicabut dan teramat lemah malah menentang Islam kembali seperti yang terjadi kepada bangsa Turki.

Jika dua bangsa utama ini terhapus dari kamus Islam maka 99 peratus dunia di tangan Iblis mengikut perancangan mereka. Ya, sudah pasti yang pertama bangsa Arab yang masih mendominasi sumber-sumber Islam dan memiliki segala relik dan tempat suci Islam. Maka bangsa inilah yang menjadi sasaran hari demi hari para Satanik ini sehingga hari ini gigi-gigi geraham mereka bagaikan mahu tercabut habis dek penangan Yahudi-Amerika. Selepas target pertama, bersedialah target yang kedua. Siapakah bangsa kedua terbesar yang masih mendukung agama Tuhan ini?


Ia adalah BANGSA MELAYU. Bangsa pemalu yang amat bersopan-santun, jujur dan misteri sikap mereka. Para pengikut Satanik sudah lama memerhatikan bangsa misteri ini. Rantau Nusantara termasuklah Kepulauan Melayu di mana termasuk di dalamnya Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Filipina dan juga negara-negara Indochina adalah target terbesar mereka ketika ini tetapi dijalankan secara teramat senyap dan rapi, tidak seperti perancangan mereka terhadap bangsa Arab. Lain karakter sesuatu bangsa, maka lainlah pelan tindakan mereka. Tidak boleh sama kerana jika dibuat secara membuta-tuli, alter rahsia bangsa ini akan bangkit secara tiba-tiba dan Empayar Emperialis sekuat British pun tidak dapat menahan gelombangnya seperti yang terjadi ketika Malayan Union. Sebab itu konsep Divide and Rule amat penting di wilayah ini.

Orang Melayu tidak menghalau British keluar dari Tanah Melayu dengan senapang dan parang tetapi dengan alter terahsia ini. Illuminati amat berjaga-jaga dengan rantau ini. Anda tahu, setiap hari Jabatan Rahsia Amerika Syarikat mencari alasan untuk mencucuk jarumnya di Malaysia untuk membenarkan tentera proksinya menjajah Malaysia sebagaimana yang terjadi di Iraq dan Afghanistan tetapi ada saja masalah yang timbul dan melambatkan perancangan mereka.

Karakter bangsa Arab yang tidak mampu mengawal emosi, panas baran, berpuak-puak dan sukakan harta kekayaan amat senang dijinakkan oleh Illuminati (mewakili kaum penyembah Iblis) dan Yahudi. Pisahkan mereka dari Islam, dan mereka kembali menjadi bangsa hina zaman Jahiliyah dahulu. Amat senang formula ini. Tetapi formula ini tidak boleh semudahnya dipakai terhadap bangsa Melayu yang misteri ini.

Bangsa Melayu bersifat pendiam, sensitif, jujur, menghormati orang luar (sehingga jika nak bercakap dengan Cina atau India pun terpaksa di'slang'kan bahasanya sendiri), banyak memendam rasa, amat kuat kefahaman kerohanian mereka dan mereka juga kreatif. Anda boleh membaca buku The Malay Dilemma karya Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai asas untuk mempelajari karakter bangsa misteri ini. Pakar-pakar strategi Illuminati pun sukar hendak membaca karakter bangsa spiritual ini sama seperti bangsa Yahudi.

Saya bukan hendak melebih-lebihkan bangsa ini sebagai sasaran Illuminati tetapi hanya bangsa ini serta bangsa Arablah yang diharap mempertahankan agama Islam di muka bumi ini. Anda boleh fikirkan sendiri. Jika perkara semudah ini pun kita tidak nampak, apatah lagi perancangan tahap sulit Commitee 300 atau Pelan Tindakan Rahsia yang saban tahun dibincangkan di Bohemian Groove dapat difahami?Fikir...fikir. Jadi jaga-jaga bangsa MELAYU ISLAM! Perancangan Illuminati terhadap anda amat rahsia dan sulit sama seperti sifat anda yang pendiam dan pemalu. Tidak terbuka seperti bangsa-bangsa lain termasuk bangsa Arab yang semakin tidak memahami Islam yang dibawa oleh satu-satunya Nabi dari kalangan mereka, Muhammad yang mulia.

Ini adalah amat menarik, tetapi apakah yang terjadi terhadap bangsa lain yang hebat dan berkuasa seperti Cina, Jepun atau bangsa Amerika serta Eropah? Apakah ada perancangan juga terhadap mereka berdasarkan karakter seperti yang dikatakan tadi?

Bangsa Cina, Amerika dll semuanya adalah 'Pawn of The Game' Iblis dan "The Hidden Hand'.Semuanya menjadi bahan mentah dan hamba tanpa disedari oleh mereka. Memang mereka hebat, rajin dan tangkas mencari kesenangan dunia , tetapi ingat! Wang dan kekayaan dunia adalah dicelah-celah jari kaki para penyembah agama Iblis. Sekatan Ekonomi adalah 'codename' bagi salah satu senjata 'The Hidden Hand' ini. Tanpa disedari bangsa-bangsa ini menjadi bahan mentah dan bekerja sebagai mesin-mesin penjana wang bagi 'The Hidden Hand'. Mengapa Negara Cina dapat ditakluk oleh faham Komunis? Siapakah pemimpin-pemimpin Komunis Cina? Mereka adalah pengikut Illuminati yang TEGAR. Mereka sudah di'mindcontrol' secara terancang. Mereka sanggup membunuh rakyat mereka sendiri yang menentang fahaman mereka.

Apakah komunis?Komunis adalah ideologi ciptaan 'The Hidden Hand' sama seperti Liberalisme,Fasisme dan Nazisme. Kitab ajaran komunis 'Das Kapital' dan 'The Communist Manifesto' sarat dengan perancangan Illuminati dan Freemasonry. Dan 'patsies' dan mangsanya yang menjadi bahan ujikaji adalah rakyat Rusia dan Cina yang berjiran. Mengapa? Kerana mereka mempunyai bilangan penduduk teramai sekali di dunia.

Dua bangsa ini, Cina dan Caucasian Eropah berkongsi sifat yang sama; rajin,kuat usahanya, pandai mencari wang (tapi bukan menguasai wang sebagaimana Yahudi), pandai membuat kerja dan barangan serta berminat mempelajari kerohanian (bukan pandai memahami dan mendalaminya seperti bangsa Melayu). Kita boleh lihat pola ini berdasarkan sejarah, bangsa Cina sebelum menganut agama Buddha adalah kaum yang bersifat animisme seperti kaum Eropah Pagan. Ada yang menganut agama Hindu tetapi agama ini kurang popular.

Terdapat juga cendekiawan Cina yang mencari-cari Tuhan seperti Lao Tse.Tao adalah kata yang diwakilkan oleh beliau sebagai Tuhan.Tetapi apabila agama Buddha tersebar dari India,maka penambahan rakyat Cina yang memeluk agama ini meningkat begitu drastik sekali. Buddha menjadi agama yang dominan di Tanah Besar Cina.Cina tidak pernah menjadi bangsa yang ditakluki keseluruhannya kecuali serangan-serangan dari Monggol dan pengaruh Imperalisme Barat.Sama seperti Caucasian Eropah, sebelum agama Kristian muncul mereka menganut dewa-dewi masing-masing, malah ada yang mengambil dewa-dewi bangsa Mesir dan Sumeria untuk diubahsuaikan dan disesuaikan dengan budaya mereka.

Apabila agama Kristian muncul mereka pun beramai-ramai memeluk agama tersebut di mana kerajaan Rom selaku kuasa besar ketika itu amat memainkan peranan. Caucasian Eropah sebenarnya adalah patsies yang paling malang sekali dalam sejarah dominasi para pengikut penyembah syaitan.

SINGA-PURA (Pulau Singa)

Pemimpin-pemimpin Singapura adalah hamba Dajal Illuminati. Mereka sudah sekian lama bekerja untuk pihak The Hidden Hand. Musuh mereka adalah MELAYU ISLAM yang teramat degil untuk ditundukkan. Rancangan mereka untuk memusnahkan Melayu pada 13 mei 1969 (angka 13 dan 69 mempunyai maksud khas bagi sihir Gematria Yahudi) gagal akibat proksi mereka dari kalangan orang Cina di sini masih gerun dan trauma dengan mistik aneh Melayu seperti parang terbang dan alter amok yang tiba-tiba meresap ke dalam setiap pemuda Melayu ketika itu (rujuk Datuk Harun Idris dan pasukan misteri dari Sg. Manik). Jadi plan secara halus telah dilaksanakan seperti memcahbelahkan Melayu, menjauhkan Melayu dari Islam dan merosakkan moral Melayu.

Yahudi teramat senang dengan Cina Singapura terutama keturunan Lee yang sekian lama menjilat kaki tuan mereka dari kalangan Yahudi dan Illuminati penyembah Iblis (keturunan Lee adalah salah satu keluarga elit Illuminati penyembah Iblis). Lain pula halnya dengan Melayu yang teramat degil malah benci pula dengan Yahudi Zionis. Sila lihat pola ini: Israel yang kecil di tengah-tengah negara2 Arab dan Singapura yang kecil di tengah-tengah negara-negara Melayu.

Monday, 10 June 2013

Gadis Sunti Mengaku Pernah Diraba Ustaz Azhar Idrus

Inilah pengakuan seorang gadis di akaun Facebooknya yang admin sendiri tidak pasti samada ianya benar atau tidak. Gadis ini dikenali sebagai Maryam Mazlieynna Mazlee kelihatan tidak berpuas hati dengan Ustaz Azhar Idrus dan telah membuat kenyataan terbuka di Facebooknya.
Persoalannya, jika apa yang diperkatakan oleh Maryam itu benar, kenapa tidak melaporkannya kepada polis sahaja? Perbuatan meraba dan mengajak berzina di hotel boleh dianggap satu jenayah besar. Kalau tak berani buat laporan dengan polis bermakna kenyataan gadis cantik ini adalah fitnah semata-mata untuk menjatuhkan imej Ustaz Azhar Idrus.
Berikut ialah printscreen kenyataan mengejut dari Maryam Mazlieynna Mazlee yang telah dikongsikan oleh laman blog popular. Admin ada cuba mengakses pemilik akaun Facebook ini namun gagal kerana telah pun di delete.

Thursday, 6 June 2013

8 Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak!



Antara Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak:

1. Mendidik anak-anak dengan perkara yang sia-sia.

2. Tidak menitik beratkan pendidikan agama kepada anak-anak.

3. Mendidik anak-anak hidup dalam keadaan terbiar tanpa disiplin.

4. Tidak meluangkan masa bersama anak-anak.

5. Membiasakan mereka dengan kemewahan, sikap berbangga-bangga dan memberi setiap apa yang mereka mahu.

6. Tidak berlaku adil di antara anak-anak dan membezakan mereka.

7. Percanggahan dalam pergaulan ibu bapa.

8. Membiarkan pembantu rumah memainkan peranan sebagai ibu bapa.

Monday, 3 June 2013

Rahsia Israel Yang Tidak Pernah Kita Ketahui !!!

Negara Israel merupakan negara yang ditubuhkan atas tanah haram, diiktiraf oleh Amerika dan sekutunya. Israel adalah sebuah negara yahudi yang dipimpin oleh rejim zionis. Kesengsaraan rakyat Palestine tidak diambil peduli oleh PBB, kerana PBB hanyalah sebagai pelakon kononnya menjaga keamanan negara dunia. Sehingga negara Palestine kini sedikit demi sedikit ditawan oleh rejim zionis laknatullah.



32 Rahsia Israel
1. Tahukah anda bahawa selain daripada orang Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahwa setiap warga Yahudi yang ada di seluruh negara di seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negaranya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan mereka antara warga Yahudi dan bukan Yahudi?

4. Tahukah anda bahwa Jurusalem bahagian timur, Tepi Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk warga Yahudi dan memberikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestina di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyumbangkan US$5 Billion dari cukai pajaknya setiap tahun kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 Billion setiap tahunnya? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar US$4 Billion dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyokong utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua fasiliti yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran peraturan oleh Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan penyediaan senjata nuklear? Dan menolak pasukan penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948, sudah memiliki kemudahan membuat senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pemerintah Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lain, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservatif terhadap identiti warga Yahudi agar kekal menjadi warganegara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri, Ariel Sharon sebagai 'tidak bersalah' dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang membunuh lebih dari 1000 orang Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu buas di sebuah perhentian bas untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua bangunan dan pejabat di Israel hanya boleh menempelkan keterangan mencari kerja dengan perkataan: "kerja kosong hanya untuk warga Yahudi", "Seorang karyawan dicari, dengan syarat perlu warga Yahudi"?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 perusahaan media Amerika untuk menonjolkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi pesaing utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan persepsi utama untuk membersihkan Israel dari warga bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahwa Perdana Menteri Israel pertama, David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh warga Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel, Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel: "Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerananya dilarang semua warga Yahudi untuk memberikan rasa kasih saying kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk"

23. Tahukah anda bahawa Palestin merupakan penjara terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan melarang penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Perisikan Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses pembelajaran dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor?

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa yang diterbitkan pada tanggal 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana terhalang dengan perjanjian yang ditandatangani pakatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tepi Barat. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga keamanan dan keselamatan diri?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon sudah tidak diendahkan lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang askar Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi askar Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka.

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid sama seperti keadaan Afrika Selatan?

Sunday, 2 June 2013

Baju Politik Paling Lawak Di Malaysia!

Korang pernah tak tengok orang pakai baju macam kat bawah neh then pergi kenduri kahwin?



Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Izzue Islam & Awin Nurin 2 Jun 2013

Bertempat di Dewan Shah Alam ahli kumpulan Forteen berusia 23 tahun, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurus peribadinya, Awin Nurin dengan sekali lafaz sekitar 9.45 pagi tadi.

Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa Awin Nurin sendiri, Waharudin Jonit, 58 dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 untuk pihak perempuan.









Saturday, 1 June 2013

Gambar: Di Sekitar Majlis Pertunangan Fouziah Gous & Md Zhafran

Selepas bertahun di’lamun gossip yang tidak sudah, akhirnya Fouziah Gous kini bertemu dengan cinta hatinya & kini sudah pun selamat bergelar tunangan orang pada satu majlis ringkas malam ini.
Fouziah Gous dan Md Zhafran Md Yusof selamat bergelar pasangan bertunang dalam satu majlis yang di’adakan di Bora Asmara, Kuala Lumpur yang di’hadiri oleh seisi keluarga, rakan & media.






ROTIKAYA